Silkscreen printing for Blackwater Syndicate (Channa Madness)

Terima kasih kepada Aiman dari brand clothing Black Water Syndicate. Memberi peluang kepada saya untuk mereka grafik untuk design t-shirt belaiu yang baharu. Channa Madness. Proses dari mereka, sehingga pengasingan warna dan block silkscreen sehingga percetakan dilakukan di studio kecil Dirty Donuts di Kulim. Terima kasih atas sokongan kengkawan memberi peluang kepada Dirty Donuts untuk mencetak t-shirt dan mereka grafik untuk kengkawan.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh juga hubungi Dirty Donuts melalui whats app di 019-6552533 atau email ke dirtydonuts666@gmail.com.

Silkscreen t-shirt gang memancing :) Blackwater Syndicate

Alhamdulillah sebelum bertolak ke Indonesia, sempat juga di beri peluang untuk menyiapkan artwork dan mencetak baju untuk sahabat yang minat dalam bidang memancing. Black Water Syndicate merupakan jenama memancing yang aktif di utara Malaysia, Kedah. Berkenalan dengan owner BWS kalau tak silap saya tahun lepas. Alhamdulillah dapat terus sentiasa berhubung dengan beliau walau pun bukan hanya tentang design atau cetak t-shirt sahaja.

Untuk percetakan BWS kali ni, bahagian hadapan, design BWS adalah kolaborasi antara BWS bersama dengan pereka grafik dari USA manakala untuk bahagian belakang, artworknya dihasilkan oleh Dirty Donuts sendiri dengan idea dan lakaran dari Aiman sendiri. Alhamdulillah mendapat persetujuan awal dari mula sketch hingga ke produksi percetakan. Harap BWS akan teruskan jenama ini sehingga ke peringkat antarabangsa. Sukses terus untuk Aiman & Black Water Syndicate. Boleh FOLLOW dan LIKE BWS di isntagram & Facebook di  https://www.facebook.com/blackwatersyndicate/

Ada short video juga waktu proses percetakan t-shirt BWS. Enjoy video dan SHARE juga pada kawan2 ya. Terima kasih.

Silkscreen printing untuk teman dari Pulau Pinang

Sebelum bertolak ke Indonesia untuk tour bersama band Plague Of Happiness. Sempat juga siapkan beberapa tempahan silkscreen atau cetak t-shirt untuk kawan di Penang. Kawan ni merupakan tatoo artist. Sambilan dia buat design baju untuk jenama dia sendiri, Deer Ward.

 

 

Untuk percetakan kali ni,  percetakan grey scale atau hitam putih. Penggunaan block sebanyak 4 silkscreen block. 2 block untuk tshirt hitam dan 2 block untuk t-shirt putih. Untuk mesh saya gunakan mesh 1800 sahaja dengan kiraan LPI untuk halftone 47 LPI dan berbentuk elipse.
Untuk percetakan tshirt putih, saya print warna light grey atau warna kelabu dulu dan diikuti dengan warna hitam. Manakala untuk percetakan tshirt warna hitam, saya print ink warna kelabu dan disusuli dengan ink berwarna putih..

Ada sedikit paparan video pendek masa tengah mencetak t-shirt. Enjoy videonya ya.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan boleh email ke dirtydonuts666@gmail.com atau whats app saya di 019-6552533. Jangan lupa FOLLOW & LIKE Instagram https://www.instagram.com/dirtydonuts/ dan Facebook kami  https://www.facebook.com/dirtydonuts

Selamat belajar, bekerja & berniaga.

Dirty Donuts Print Van Tour & Perkongsian di Politeknik Ibrahim Sultan Part 2

Ok sambung balik citer.. kat mana eee.. :p Orite perjalanan masa bertolak dari Kulim hingga ke Johor Bahru kurang lebih dalam 15 jam. Itu termasuk berhenti hampir setiap perhentian rehat sambil mengopi. Kelajuan van kawan tekan pedal minyak maintain 80km sejam atau kurang lagi. Chill-chill ja tekan minyak, sambil tengok keindahan alam.. Chewahhh..

Sampai Johor Bahru ja, terus gerak ke rumah parent. Rest dan kemas-kemas apa yang patut. Sebab keesokkannya hari Sabtu pagi nak masuk Singapura untuk recording horns line bersama sahabat-sahabat Plague Of Happiness, Katek, Nausad, Aiman dan Anep. Record 3 lagu untuk kompilasi sama teman-teman di Indonesia. Terima kasih pada Katek yang guide masa recording, Nizam selaku sound engineer yang tak jemu ngan kitaorang. Walau pun ayah tak berapa sihat, datang jugak layan kitaroang untuk record. Harap ayah kau segera sembuh la ya.

Mula recording dalam jam 11 pago. Habis kurang lebih dalam pukul 5.30 petang. Kebetulan Atoi ex trumpeteer pun datang lepak-lepak tengok kitaroang record. Ajak sekali dia ngeteh-ngeteh sebelum gerak sama-sama balik ke Johor Bahru. Balik nak masuk ke Johor Bahru dari Singapura fuhhh jemm dia punya panjang. Sambil dalam kereta tu, aku fikir macam mana ya ada kawan-kawan yang hari-hari masuk Singapura untuk pergi kerja demi mencari rezeki. Semoga dipermudahkan la segala urusan kengkawan.

Ok balik dari Singapura memang penat sangat, tapi puas hati la kan. Banyak jugak kerja settle. So fikir dan fokus untuk perkongsian di Politeknik la pulak. Ada masa sehari untuk rehat. So hari Ahad tu, just chill-chill rehat kat rumah mak ayah aku, sambil makan-makan. (aktiviti penting tu) :p

Isnin awal pagi, dah bergerak ke Pasir Gudang dengan adik aku Rizal. Rizal berkongsi juga tentang branding dan benda yang dia buat dan minat. Selamat sampai di Politeknik Pasir Gudang, sarapan kejap sementara tunggu Puan Azlina sampai. Masa tengah tunggu, masih fikir, apa yang aku nak kongsi ni. Walau pun slide show semua dah siap, tapi agak blur-blur la jugak…hihihi.. malas nak fikir panjang, cakap ngan adik aku.. henjut je laaaa.. yang penting kita tau apa benda yang kita buat dan minat.. hihihihih.. Ok, set up dlu tempat nak bikin live printing.. sebab mula-mula sembang tentang kerjaya dan keusahawanan, lepas tu baru keluar untuk perkongsian tentang silkscreen pulak. 🙂

Pelajar-pelajar Politeknik, banyak membantu masa set up kat luar. Pasangkan khemah, tolong-tolong angkat barang. Rasa segan la plak.hihihih.. Habis set up kat luar, masuk dalam dewan kuliah depa, pastu mc pun bagi ucapan dan pengenalan tentang aku dan adik aku. Pastu mula la sesi sembang-menyembang dan perkongsian. Mula-mula bila mc panggil ja, aku rasa jalan atas stage tu tak rasa kaki laaa.. hihihih.. punya la cuak.. lain macam rasa dia dari aku perform ngan band.hahaha.. Argghhhh.. langgoorrr je laaa..hahahaa.. So aku capai microphone, terus kenal kan diri aku. Perghhh…mula2 ada la jugak rasa blurrr kejap..Pastu peluh pun mula kuar.. sejuk2 air cond baru rasa.. pas dah kenal kan diri baru la rasa ok skit… tapi aku agak rasa macam berterabur la jugak masa cakap.. hahaha..masa praktis depan cermin lain, masa real lain jadi..hahahha… henjut je la.. bagus gak pengalaman ni… mana tau next time boleh perbaiki lagi.. insyaAllah.. Lama juga k bersembang.. kurang lebih hampir 2 jam la jugak… Pastu ada sesi soal jawab. Sesi soal jawab yang best. Sebab aku lebih suka komunikasi 2 hala. Ada orang tanya, aku jawab. Boleh tahan jugak la soalan-soalan yang ditanya. Aku jawab je la apa yang aku tau. Tapi kebanyakannya aku jawab tentang minat aku dan apa benda yang aku buat sekarang.

Pelajar-pelajar pun sempoi dan supportive. Pensyarah-pensyarah pun sempoi. Kira diaorang pun ada kongsi ilmu juga dengan kitaorang. Harap bermanfaat la apa yang dikongsikan. Maaf kalau banyak merapu :p. Hehehe..lepas ja perkongsian dapat juga cenderahati..hihihih. tak sangka gak dapat. Terima kasih banyak2.

Selesai je part aku, part adik aku plak. Boleh pulak kan tak amek video. Semua lupa..hahhaha sebab gugup..damn. Next time la aku nak amek video. Ni ada la skit video adik aku compile. Boleh la buat penyedap :p

 

 

Dirty Donuts Print Van Tour & Perkongsian di Politeknik Ibrahim Sultan Part 1

Agak lama juga tak merepek kat blog ni..hihihih.. nak share skit gambar dan tour main-main Dirty Donuts Print Van dari Kulim ke Johor Bahru. Kebetulan masa tour ni juga ada recording bersama Plague Of Happiness untuk kompilasi bersama teman-teman band dari Indonesia. Kebetulan juga kami di jemput untuk berkongsi bersama pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan. Terima kasih kepada Puan Azlina, dimana beliau merupakan pensyarah JKU, Fesyen di Politeknik Ibrahim Sultan telah menjemput kami untuk berkongsi sedikit apa yang kami lakukan.

Agak gementar la juga, sebab bila dengar dari Puan yang datang hadir kurang lebih 200 lebih pelajar. Dalam kepala fikir benda apa yang aku nak sembang ni. Hihihih.. tajuk dah ada, jadi aku pun pilih hanya kongsi apa yang aku buat dan apa yang aku minat dan apa yang aku bikin dengan Dirty Donuts ni 🙂 Pertama kali juga la berkongsi dengan pelajar seramai ni. Paling ramai pun masa yang lepas, aku berkongsi pada pelajar MRSM Taiping, itu pun dalm 30 orang je kot :p.Jadi aku ambil ni sebagai satu cabaran jugak la dan samping mendapatkan pengalaman baharu 🙂

Perjalanan bertolak dari Kulim selepas solat Subuh di rumah. Kemas-kemas semua barang, masukkan dalam van termasuk rotary arm silkscreen 4 arm yang baru. Alhamdulillah, semua untuk van dah di check dan di servis. Malas nak fikir banyak, tawakal je la kan. Ni kira 1st time juga la bergerak secara solo ke Johor Bahru dengan menaiki van comel ni. Syok jugak sebenarnya layan kepala sorang-sorang drive ni…hihihi..

Perjalanan dari Kulim ke Johor Bahru, ambil masa dalam 15 jam jugak. Banyak kali perhentian jugak berhenti dan sempat juga ambil gambar di hentian Sungai Perak. Kurang lebih setiap perhentian dalam 10 minit ke 15 minit. Van kecik, bawak pun kena chill-chill kacang.

Peneman masa perjalanan si Libre ni. Nampak jari tu sebenarnya untuk peringatan untuk diri sendiri.

Kopi memang air yang mesti ada sewaktu dalam perjalanan di samping air mineral pun penting gak. Pertama kali jumpa kopi baru Huat Ah. Ok la rasa dia. Tekak tak cerewet sangat. Kopi mahal ke, kopi murah ke, bedal je. Janji kopi. :p

Ok…nanti sambung di bahagian kedua plak… lupa plak nak taip apa :p..hihihihh…

 

Silkscreen Printing with Plague Of Happiness RACE T-shirt.

Next artwork yang Dirty Donuts print adalah artwork RACE Plague Of Happiness. Artwork ni di buat pada tahun lepas dan masa di buat, ideanya masa dalam perjalanan untuk tour pada tahun lepas. Pernah keluarkan sekali je untuk silkscreen pada t-shirt. Kali ni di keluarkan semula dan di letakkan di online store kami yang baru di www.basixlab.com

Ada juga keluaran-keluaran yang lain juga dari Dirty Donuts & Plague Of Happiness t-shirt. Semua artwork di hasilkan oleh kami dan di di cetak oleh kami.

Untuk pembelian boleh ke www.basixlab.com dan untuk pembeli pertama kali akan mendapat diskaun 10% untuk pertama kali pembelian.

Check out juga video progres. Terima kasih atas sokongan kengkawan semua.

x Nostalgia x Dirty Donuts x

Agak lama juga saya tak update blog. Alasan sibuk memang tak boleh diterima sekarang ni, hihihi.. kena lebih produktif dan pembahagian masa untuk update blog ni perlu di pertingkatkan. hahahah.. Adeih… Kebelakangan ni projek silkscreen atau percetakan t-shirt dibuat untuk kawan-kawan dan band-band kawan-kawan yang lama tak jumpa. Terima kasih Apek Nostalgia kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk silkscreen t-shirt korang. Titik permulaan kenal mereka masa, band Plague Of Happiness perform di Kuantan bersama dengan Nostalgia. Masa tu kalau tak silap saya, di Boom2 Kuantan :p. Sejak dari situ kitaorang mula berhubung melalui alam maya sahaja. Sehingga Plague Of Happiness perform semula di Kuantan, dapat ketemu semula Apek Nostalgia. Dari situ Apek beri kepercayaan untuk mencetak t-shirt keluaran baru Nostalgia. Semoga silaturahim ini kekal sentiasa dan aku doakan korang sukses dalam apa juga bidang yang korang ceburi.

Ni ada sedikit paparan video proses pembikinan t-shirt Nostalgia. Enjoy!!!

Dirty Donuts Live silkscreen at House Of Vans Malaysia 2017

Dirty Donuts was invited to screen print live and share about silkscreen printing at House Of Vans Malaysia together with Anni Tai which she is famous with her embroidery and customize the Vans shoes.

The celebration is to continue the vibes of the Vans Musician Wanted Asia 2017 which the top 3 musicians that qualified will compete at the final stage during the House Of Vans Kuala Lumpur.

At the House Of Vans, Dirty Donuts share about how to silkscreen printing on a tote bag which been provided by the House Of Vans Malaysia. Over 300 pieces of tote bag been was silkscreen printed by the audience and people who came and have the experience to silkscreen their own tote bags which is provided by House Of Vans.

Thank you House Of Vans Malaysia, friends and family and hope to see you guys again next year. Happy silkscreen printing 🙂

Picture credit – Ajim and Munir from Vans Malaysia.

Siapkan block silkscreen Plague Of Happiness Tunjal Tour 2017

Minggu ni agak sibuk sikit dengan persiapan block dan juga percetakan baju secara silkscreen untuk band ska punk Plague Of Happiness dan juga sahabat dari Johor Bahru. Block ni bersaiz A3 untuk print artworknya. Silkscreen untuk t-shirt di bahagian hadapan dan belakang. Jadi, perlukan dua blocks silkscreen. Artwork untuk t-shirt Plague Of Happiness ni di hasilkan oleh vokalis Plague Of Happiness sendiri Nazri. Ianay akan di print oleh saya 🙂 di atas t-shirt Gildan Ringer T-shirt Premium Cotton 180g/m. Ink yang di gunakan adalah ink plastisol. Untuk penggunaan mesh count pula, bahagian hadapan saya gunakan mesh count 1200 dan untuk bahagian belakang saya gunakan mesh count 1350. Sebab perbezaan mesh yang saya gunakan sebab untuk bahagian belakan ada logo-logo kecil dan tulisan-tulisan halus. Sebenarnya masih boleh digunakan mesh 1200, cuma untuk lebih detail dan kekemasan pada logo, saya galakkan kalau gunakan mesh yang lebih halus. Saya akan sharekan pula di posting yang akan datang video masa mencetak t-shirt pula.

Untuk sebarang pertanyaan untuk percetakan t-shirt, boleh hubungi melalui whats app di 019-6552533 atau boleh email ke dirtydonuts666@gmail.com. Untuk kerja harian, saya juga ada update di instagram/dirtydonuts dan facebook.dirtydonuts.