Silkscreen t-shirt gang memancing :) Blackwater Syndicate

Alhamdulillah sebelum bertolak ke Indonesia, sempat juga di beri peluang untuk menyiapkan artwork dan mencetak baju untuk sahabat yang minat dalam bidang memancing. Black Water Syndicate merupakan jenama memancing yang aktif di utara Malaysia, Kedah. Berkenalan dengan owner BWS kalau tak silap saya tahun lepas. Alhamdulillah dapat terus sentiasa berhubung dengan beliau walau pun bukan hanya tentang design atau cetak t-shirt sahaja.

Untuk percetakan BWS kali ni, bahagian hadapan, design BWS adalah kolaborasi antara BWS bersama dengan pereka grafik dari USA manakala untuk bahagian belakang, artworknya dihasilkan oleh Dirty Donuts sendiri dengan idea dan lakaran dari Aiman sendiri. Alhamdulillah mendapat persetujuan awal dari mula sketch hingga ke produksi percetakan. Harap BWS akan teruskan jenama ini sehingga ke peringkat antarabangsa. Sukses terus untuk Aiman & Black Water Syndicate. Boleh FOLLOW dan LIKE BWS di isntagram & Facebook di  https://www.facebook.com/blackwatersyndicate/

Ada short video juga waktu proses percetakan t-shirt BWS. Enjoy video dan SHARE juga pada kawan2 ya. Terima kasih.