Silkscreen printing untuk teman dari Pulau Pinang

Sebelum bertolak ke Indonesia untuk tour bersama band Plague Of Happiness. Sempat juga siapkan beberapa tempahan silkscreen atau cetak t-shirt untuk kawan di Penang. Kawan ni merupakan tatoo artist. Sambilan dia buat design baju untuk jenama dia sendiri, Deer Ward.

 

 

Untuk percetakan kali ni,  percetakan grey scale atau hitam putih. Penggunaan block sebanyak 4 silkscreen block. 2 block untuk tshirt hitam dan 2 block untuk t-shirt putih. Untuk mesh saya gunakan mesh 1800 sahaja dengan kiraan LPI untuk halftone 47 LPI dan berbentuk elipse.
Untuk percetakan tshirt putih, saya print warna light grey atau warna kelabu dulu dan diikuti dengan warna hitam. Manakala untuk percetakan tshirt warna hitam, saya print ink warna kelabu dan disusuli dengan ink berwarna putih..

Ada sedikit paparan video pendek masa tengah mencetak t-shirt. Enjoy videonya ya.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan boleh email ke dirtydonuts666@gmail.com atau whats app saya di 019-6552533. Jangan lupa FOLLOW & LIKE Instagram https://www.instagram.com/dirtydonuts/ dan Facebook kami  https://www.facebook.com/dirtydonuts

Selamat belajar, bekerja & berniaga.