Dirty Donuts Print Van Tour & Perkongsian di Politeknik Ibrahim Sultan Part 2

Ok sambung balik citer.. kat mana eee.. :p Orite perjalanan masa bertolak dari Kulim hingga ke Johor Bahru kurang lebih dalam 15 jam. Itu termasuk berhenti hampir setiap perhentian rehat sambil mengopi. Kelajuan van kawan tekan pedal minyak maintain 80km sejam atau kurang lagi. Chill-chill ja tekan minyak, sambil tengok keindahan alam.. Chewahhh..

Sampai Johor Bahru ja, terus gerak ke rumah parent. Rest dan kemas-kemas apa yang patut. Sebab keesokkannya hari Sabtu pagi nak masuk Singapura untuk recording horns line bersama sahabat-sahabat Plague Of Happiness, Katek, Nausad, Aiman dan Anep. Record 3 lagu untuk kompilasi sama teman-teman di Indonesia. Terima kasih pada Katek yang guide masa recording, Nizam selaku sound engineer yang tak jemu ngan kitaorang. Walau pun ayah tak berapa sihat, datang jugak layan kitaroang untuk record. Harap ayah kau segera sembuh la ya.

Mula recording dalam jam 11 pago. Habis kurang lebih dalam pukul 5.30 petang. Kebetulan Atoi ex trumpeteer pun datang lepak-lepak tengok kitaroang record. Ajak sekali dia ngeteh-ngeteh sebelum gerak sama-sama balik ke Johor Bahru. Balik nak masuk ke Johor Bahru dari Singapura fuhhh jemm dia punya panjang. Sambil dalam kereta tu, aku fikir macam mana ya ada kawan-kawan yang hari-hari masuk Singapura untuk pergi kerja demi mencari rezeki. Semoga dipermudahkan la segala urusan kengkawan.

Ok balik dari Singapura memang penat sangat, tapi puas hati la kan. Banyak jugak kerja settle. So fikir dan fokus untuk perkongsian di Politeknik la pulak. Ada masa sehari untuk rehat. So hari Ahad tu, just chill-chill rehat kat rumah mak ayah aku, sambil makan-makan. (aktiviti penting tu) :p

Isnin awal pagi, dah bergerak ke Pasir Gudang dengan adik aku Rizal. Rizal berkongsi juga tentang branding dan benda yang dia buat dan minat. Selamat sampai di Politeknik Pasir Gudang, sarapan kejap sementara tunggu Puan Azlina sampai. Masa tengah tunggu, masih fikir, apa yang aku nak kongsi ni. Walau pun slide show semua dah siap, tapi agak blur-blur la jugak…hihihi.. malas nak fikir panjang, cakap ngan adik aku.. henjut je laaaa.. yang penting kita tau apa benda yang kita buat dan minat.. hihihihih.. Ok, set up dlu tempat nak bikin live printing.. sebab mula-mula sembang tentang kerjaya dan keusahawanan, lepas tu baru keluar untuk perkongsian tentang silkscreen pulak. ­čÖé

Pelajar-pelajar Politeknik, banyak membantu masa set up kat luar. Pasangkan khemah, tolong-tolong angkat barang. Rasa segan la plak.hihihih.. Habis set up kat luar, masuk dalam dewan kuliah depa, pastu mc pun bagi ucapan dan pengenalan tentang aku dan adik aku. Pastu mula la sesi sembang-menyembang dan perkongsian. Mula-mula bila mc panggil ja, aku rasa jalan atas stage tu tak rasa kaki laaa.. hihihih.. punya la cuak.. lain macam rasa dia dari aku perform ngan band.hahaha.. Argghhhh.. langgoorrr je laaa..hahahaa.. So aku capai microphone, terus kenal kan diri aku. Perghhh…mula2 ada la jugak rasa blurrr kejap..Pastu peluh pun mula kuar.. sejuk2 air cond baru rasa.. pas dah kenal kan diri baru la rasa ok skit… tapi aku agak rasa macam berterabur la jugak masa cakap.. hahaha..masa praktis depan cermin lain, masa real lain jadi..hahahha… henjut je la.. bagus gak pengalaman ni… mana tau next time boleh perbaiki lagi.. insyaAllah.. Lama juga k bersembang.. kurang lebih hampir 2 jam la jugak… Pastu ada sesi soal jawab. Sesi soal jawab yang best. Sebab aku lebih suka komunikasi 2 hala. Ada orang tanya, aku jawab. Boleh tahan jugak la soalan-soalan yang ditanya. Aku jawab je la apa yang aku tau. Tapi kebanyakannya aku jawab tentang minat aku dan apa benda yang aku buat sekarang.

Pelajar-pelajar pun sempoi dan supportive. Pensyarah-pensyarah pun sempoi. Kira diaorang pun ada kongsi ilmu juga dengan kitaorang. Harap bermanfaat la apa yang dikongsikan. Maaf kalau banyak merapu :p. Hehehe..lepas ja perkongsian dapat juga cenderahati..hihihih. tak sangka gak dapat. Terima kasih banyak2.

Selesai je part aku, part adik aku plak. Boleh pulak kan tak amek video. Semua lupa..hahhaha sebab gugup..damn. Next time la aku nak amek video. Ni ada la skit video adik aku compile. Boleh la buat penyedap :p