Dirty Donuts Print Van Tour & Perkongsian di Politeknik Ibrahim Sultan Part 1

Agak lama juga tak merepek kat blog ni..hihihih.. nak share skit gambar dan tour main-main Dirty Donuts Print Van dari Kulim ke Johor Bahru. Kebetulan masa tour ni juga ada recording bersama Plague Of Happiness untuk kompilasi bersama teman-teman band dari Indonesia. Kebetulan juga kami di jemput untuk berkongsi bersama pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan. Terima kasih kepada Puan Azlina, dimana beliau merupakan pensyarah JKU, Fesyen di Politeknik Ibrahim Sultan telah menjemput kami untuk berkongsi sedikit apa yang kami lakukan.

Agak gementar la juga, sebab bila dengar dari Puan yang datang hadir kurang lebih 200 lebih pelajar. Dalam kepala fikir benda apa yang aku nak sembang ni. Hihihih.. tajuk dah ada, jadi aku pun pilih hanya kongsi apa yang aku buat dan apa yang aku minat dan apa yang aku bikin dengan Dirty Donuts ni 🙂 Pertama kali juga la berkongsi dengan pelajar seramai ni. Paling ramai pun masa yang lepas, aku berkongsi pada pelajar MRSM Taiping, itu pun dalm 30 orang je kot :p.Jadi aku ambil ni sebagai satu cabaran jugak la dan samping mendapatkan pengalaman baharu 🙂

Perjalanan bertolak dari Kulim selepas solat Subuh di rumah. Kemas-kemas semua barang, masukkan dalam van termasuk rotary arm silkscreen 4 arm yang baru. Alhamdulillah, semua untuk van dah di check dan di servis. Malas nak fikir banyak, tawakal je la kan. Ni kira 1st time juga la bergerak secara solo ke Johor Bahru dengan menaiki van comel ni. Syok jugak sebenarnya layan kepala sorang-sorang drive ni…hihihi..

Perjalanan dari Kulim ke Johor Bahru, ambil masa dalam 15 jam jugak. Banyak kali perhentian jugak berhenti dan sempat juga ambil gambar di hentian Sungai Perak. Kurang lebih setiap perhentian dalam 10 minit ke 15 minit. Van kecik, bawak pun kena chill-chill kacang.

Peneman masa perjalanan si Libre ni. Nampak jari tu sebenarnya untuk peringatan untuk diri sendiri.

Kopi memang air yang mesti ada sewaktu dalam perjalanan di samping air mineral pun penting gak. Pertama kali jumpa kopi baru Huat Ah. Ok la rasa dia. Tekak tak cerewet sangat. Kopi mahal ke, kopi murah ke, bedal je. Janji kopi. :p

Ok…nanti sambung di bahagian kedua plak… lupa plak nak taip apa :p..hihihihh…